Dunia tasawuf mengenal banyak cerita sufi. Sebahagian
dari cerita itu termuat dalam kitab Tadzkiratul Awliya, Kenangan Para Wali,
yang ditulis oleh Fariduddin Attar. Buku ini ditulis dalam bahasa Persia,
meskipun judulnya ditulis dalam bahasa Arab. Selain bererti kenangan atau
ingatan, kata tadzkirah dalam bahasa Arab juga bererti pelajaran. Sehingga
Tadzkiratul Awliya bererti pelajaran yang diberikan oleh para wali.
Attar mengumpulkan kisah para wali; mulai dari Hasan
Al-Bashri, sufi pertama, sampai Bayazid Al-Busthami. Dari Rabiah Al-Adawiah
sampai Dzunnun Al-Mishri. Selain buku ini, Attar juga menulis buku cerita sufi
berjudul Manthiquth Thayr, Musyawarah Para Burung. Berbeza dengan kitab pertama
yang berisi cerita para tokoh sufi, kitab ini berbentuk novel dan puisi sufi.
Sebahagian besar ceritanya bersifat metaforis.
Fariduddin dijuluki Attar (penjual wewangian), kerana
sebelum menjadi sufi ia memiliki hampir semua toko ubat di Mashhad, Iran.
Dahulu, orang yang menjadi ahli farmasi juga sekaligus menjadi penjual
wewangian. Sebagai pemilik toko farmasi, Attar terkenal kaya raya.